Saturday, February 21, 2009

Roti Pita Udang

Yeahh!! lastly jadi jugak roti pita...dlu da penah buat tapi x jd..x kembang..Skrg dah jadi..dah lulus dah gegege...Bangga jap haha:D Haa..thanks la kat erna kat myresipi.com Tapi ni versi roti pita udang..sendiri nyer resipi for inti nyer hehe..Nanti try la yer..

Bahan-bahan :-
200 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
150 gm air
150 gm air
5 gm gula
5 gm garam
15 gm olive oil/minyak masak
2.5 gm dry yeast

Inti :-
Udang
Black paper
Sos Cili
Sedikit garam
Salad
Tomato

Cara-cara :-
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan..tunggu siap.Keluarkan dari breadmaker.Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
2. Bahagikan kepada 8. Buat bentuk bulat.Rehatkan selama 10minit.
3. Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
4. Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
5. *** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.
6. Inti nyer lak..Panaskan 1sdt minyak masak. Pastu gorengkan udang sampai masak.Kalau berair lagi..masak la lagi sampai air tu kering..
7. Masukkan black paper dan garam. Goreng la sampai semuanya sebati dgn udang tadi.
8. Angkat udang gaulkan dgn sos cili.Siap.
9. Letakkan didlm roti pita itu salad,tomato dan udang yg digoreng tadi..Pastu ngap2 laa..

Donut

Donut??hehe..ni la donut yang aku bikin sendiri berpandukan resipi kak yani kat myresipi.com Memang senang..sapa2 pun boleh buat..Tak banyak kerenah nak buat donut ni.. thanks kat kak yani coz sharing this recipe;D

Bahan-bahan :-
200 gm Tepung roti/tepung gandum
20 gm Gula
1/2 sdt dry yeast
140 susu segar
20 gm butter
Minyak masak untuk menggoreng
Sugar powder

Cara-cara :-
1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2. Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3. Masukkan pula butter
4. Kacau sehingga sekata
5. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
6. Uli sehingga tak melekat ditangan
7. Buatkan bentuk bulat
8. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
9. Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
10. Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
11. Uli biar jadi bentuk bulat atau panjang2
12. Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
13. Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.

Pizza Cool&Easy

Pizza versi Cool&Easy nyer topping huhu..Apa kata try je topping versi Cool&Easy ni... Lagipun senang je...Skali ngap2..mesti nak byk kali ngap2..hehe..

Bahan-bahan :-
200 gm Tepung gandum/tepung roti
1 sdt Gula
1 sdt Yis
Sedikit garam

Topping :-
3/4 keping daging (potong dadu kecik2 )
1 biji lada merah yg besar nyer ( potong dadu kecik2)
2 ulas bawang putih ( potong dadu)
2 ulas bawang merah besar dimayang)
Sos cili
Sos tomato
Mayonis
Mix Vegetable
Cheese

Cara-cara :-
1. Bahan2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit.
2. Kemudian tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
3. Canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
4. Panaskan sedikit minyak(lbh krg 1sdb gitu la..) Pastu masukkan bawang putih yg dipotong dadu tadi. Goreng la sampai naik bau.
5. Kemudian masukkan daging yg dipotong dadu tadi. Goreng la daging tu sampai nampak nak garing sikit. Masukkan sos cili,sos tomato,lada merah dan mix vegetable.Kacau sampai sebati sehingga kering sedikit(nak pedas lagi blh la letak black paper or lada sulah) dan jgn lupa letak sedikit garam.
6. Sapukan mayonis,sos cili dan sos tomato ke atas kulit pizza tadi.
7. Taburkan daging yang digoreng tadi ke atas kulit pizza dan bawang merah yang dipotong mayang dan cheese (xletak cheese sbb xda stok ) Kalau ada boleh je letak..Lagi sedap..
8. Masukkan pizza ke dlm oven sekali lagi. Bakar la kira-kira 8-10 minit camtu..Lepas tu..boleh la ngap2...

Marble Trio Cik Mat Cake

Haaa..ni la rupe kek marble trio aku hehe..Amacam??sedapkan nampak..Thanks la kat cik mat..dah banyak kali dah uat kek ni..Ni baru sempat snap pic hehe..Mmg lembu dan gebu..

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco

Cara-cara:-

  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Cek Mek Molek

Cek Mek ni mmg sedap di ngap2 hehe..thanks kat princessharyati kat myresipi.com for the resipi...Sesuai sgt dimakan sambil minum ptg..Apa lagi..try la..Belum cuba belum tau..;P

Bahan-bahan :-
4 biji ubi keledek
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
Inti : gula secukupnya

Cara-cara :-
1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
2. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak.
3. Kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

4. *kurangkan gula untuk makanan yang berkhasiat*

Almond Toasted Coconut Cookies

Almond Toasted Coconut Cookies ni besh jugak laa..Aku amik resipi ni kat web.Lupe la lak pe web nyer..Neway, biskut ni besh dgn adanyer white choc tu..and ranggup nyer...Try laa...rugi uh~ x try...

Bahan A ;-
250 gm Gula castor
250 gm Butter/Margarine

Bahan B ;-
100 gm Badam kisar
65 gm Kelapa kering
250 gm Tepung superfine
100 gm Tepung Honkwee

Hiasan ;-
White Choe and Toasted Coconut

Cara-Caranya ;-
1. Sebatikan Bahan A. Kemudian masukkan ke semua Bahan B dan uli sehingga menjadi doh
yang lembut. Terap dan bakar.
2. Apabila biskut dah sejuk,paipkan pula dgn white choc dan taburkan toasted coconut.

Saturday, February 14, 2009

Melting Moments

Melting moments??Biskut ni la yg mendpt permintaan yg tinggi bila hari raya gege~~! Rasa dia mmg yummy laa..But its depends on person laa..Pe2 pun..kena la try dlu..baru tau..Resipi ni..resipi Mama ku..turun temurun la gitu huhu..Blh di makan bila2 masa..i mean..x semestinya hari raya aje ya..Hari2 lain pun blh..Janji Rajin bikin=P So..pe lagi..meh ngap2....

Bahan-Bahan :-
2 sdb marjerin@butter
2 sdb gula halus
3/4 cwn gandum
1/2 sdt esen vanilla
cherry and cornflakes secukupnya

Cara-cara :-
1. Pukul marjerin dan gula sehingga nampak sedikit putih,kemudian masukkan esen vanilla.
2. Selepas itu,masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula cheery dan cornflakes kacau sampai rata.
4. Kemudian buat la bulat-bulat dan tekan skit supaya leper sedikit.
5. Hiaskan dengan cherry yg telah dipotong dadu@kecik.
6. Bakar sehingga kekuningan. Lebih krg 10-15minit gitu la..

Kek Keladi

Ni la rupe kek layer keladi aku bikin huhu..Amacam??okay tak??hehe..Tapi its so yummy! hehe..Dah lama uat ni..Skrg baru berkesempatan menayangkan rupe kek aku ni..Pe2 pun..Mmg yummy!! la..Nak dapat ubi keladi tu susah la juga..Nasib baik my mum's tlg hehe..And lastly thanks kat tuan punyer resipi ni Zaliana at myresipi.com huhu..Next time leh uat lagi..Even its my first trying..Jadi uh~ Suke..suke..suke...hehe...

Bahan-bahan :-
KEK :-
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
  • TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan

Cara-cara

  1. KEK :
  2. Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
  3. Dsc01372
    Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
  4. KELADI:
  5. Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  6. Dsc01370
    Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  7. Dsc01375
    Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
  8. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
  9. Dsc01379
    Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
  10. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
  11. Dsc01383
    NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...