Friday, May 8, 2009

Custard Tart With Chocolate Rice

Hehe..besh besh..ni versi tart letak custard and chocolate so yummy!!..cam pisang goreng panas je.. Skali masak..adik2 trus angkut ngap2 hehe..SUke uh~ Yela tgk 1diaorg suke..Tapi rasa dia mmg besh laaa..Mmg sedap laaa..Aku uat dua type of custard cream tu...Satu pakai telur..satu tu pakai tepung custard..Pastu bila tart dah masak.mix la both of that..Letak custard yg x da telur dlu..Pastu baru letak yg da telur..Then tabur la chocolate rice atas custard tadi..Simpan dalam freezer seketika..baru sedap utk di makan hehe..Tapi kan so lucky laa..still sempat simpan custard tart for snap a pic hehe..

Bahan-bahan :-
  • 150 gm mentega
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 25 gm gula aising
  • secubit garam
  • air sejuk untuk bancuhan

Custard cream with eggs :-
  • 1 sdb tepung
  • 1 sdb tepung jagung
  • 4 sdb gula ( klu pakai susu pekat manis krgkan sukatan gula)
  • 1 cawan susu segar/susu pekat manis
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sdt esen vanilla

Custard cream no egss :-
  • 2 cawan susu pekat manis campur air
  • 4 sdt tepung custard
  • 3 sdt gula ( depend pada kemanisan susu pekat manis campur air )
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit garam

Cara-cara :-
  1. Ayak tepung gandum,tepung jagung dan garam ke dlm mangkuk.
  2. Campurkan gula dan masukkan mentega.
  3. Gaulkan sehingga menjadi macam hanbuk roti.
  4. Kemudian campurkan air sedikit demi sedikit sehingga adunana dpt diuli.
  5. Sejukkan selama 30minit dalam freezer.
  6. Setelah disejukkan canai kan doh tadi ( jgn tebal sgt) dan terapkan dengan penerap yg bulat.
  7. Lekatkan pastry tadi ke dalam acuan tart dan tekan2 dan cucuk dgn garpu ditengah2 pastry tadi.
  8. Bakarla pastry tadi selama 10-15minit.
  9. Setelah pastry tu masak nampak cam garing2 skit.Boleh la angkat.
  10. Paipkan custard cream no egg tu dulu...Diikuti dengan custard cream with eggs.
  11. Taburkan dgn chocolate rice..(ikut suka nak letak byk mana )

Custard cream with eggs :-
  1. Campurkan tepung dan tepung jagung tadi dgn 3sdb susu. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan campuran tepung dan tepung jagung tadi ke dalam susu yang selebihnya tadi. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula telur,gula dan esen vanilla dan kacau lagi.
  4. Setelah semuanya dimasukkan. Masakkan la di atas dapur dengan api sederhana.
  5. Custard cream ni kena kacau selalu supaya tidak berketul2.
  6. Kacau la sehingga nampak pekat. Angkatkan dan letak sedikit mentega.

Custard cream no egg :-
  1. Bancuhkan tepung custard tadi dengan sedikit susu.
  2. Panaskan susu yang lebih tadi dan campurkan dgn tepung custard tadi.
  3. Letakkan sedikit esen vanilla dan garam dan gula.
  4. Kacau la sehingga nampak nak pekat skit..Custard ni cair skit..Tapi sedap..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...