Saturday, May 9, 2009

Nasi Lemak+Sambal Ikan Bilis

Haaa..ni nasi lemak aku masak untuk adik aku..uat lunch hehe..Sendiri bikin..Menjadi uh~ Adik cakap sedap hehe..Senyum2 la ku..yelaa..pe lg..bila org ckp sedap kan..Mesti suke nyer laaa..Nti leh uat lg laaa..gegege~~!Aku pakai nasi yg semalam nyer..sbb elok lagi..Yela pakai beras siam kan hehe..Nanti membazir lak..Lagipun Ok lagi..Beras tu lambat basi..Bagus la katakan hehe..

Bahan-bahan :-
  • 4 cawan nasi putih
  • 1 cawan santan ( jgn pekat sgt nti muak)
  • 1 ulas bawang merah ( dimayang)
  • sedikit halia ( dipotong panjang2 )
  • sedikit garam

Untuk Sambal :-
  • Segenggam ikan bilis
  • 4 sdb cili giling/cili boh( nak pedas ltk la byk skit)
  • *3/4 biji cili padi
  • *6 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • sedikit gula dan garam
  • Minyak

Cara-cara :-

  1. Kukuskan nasi tadi bersama santan+sedikit garam. Gaulkan sampai sebati.
  2. Kemudian letakkan bawang merah dan halia yang telah dipotong mayang tadi.
  3. Kukus la nasi itu seketika. Supaya semua bahan yang digaul tadi terasa aroma nyer

Untuk Sambal :-
  1. Tumbuk semua bahan yang bertanda* sampai lumat( nak blend pun blh) Tapi sedap ditumbuk lagi..tradisional gitu.
  2. Goreng ikan bilis tadi sampai garing sikit.
  3. Panaskan minyak untuk menumis. Dalam 3 4 sdb gitu laa..
  4. Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Goreng la sampai naik bau dan bawang tu nampak masak.
  5. Selepas itu, masukkan cili boh tadi. Goreng lagi..sampai naik minyak.
  6. Kemudian letakkan santan dan asam keping. Masak seketika sehingga nampak mendidih.
  7. Lepas itu, letakkan la sedikit air, gula dan garam secukup rasa.
  8. Masak la lagi sehingga naik minyak..
  9. Boleh la dihidangkan dengan nasi lemak.
Note : Nasi lemak ni sambal ikan bilis tu..i letak jgk telur rebus yg telah digoreng nyum2 laa..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...