Sunday, May 10, 2009

Petola Masak Lemak Putih

Ni lak..masak lemak putih..Ni sayur panggil 'petola' betul ke x eja hehe..Haa..camtu laa..nti refer balik..Betul ke x yaa..I pun x kenal sgt sayur ni gegege~~!( malu sey..) Tu pun my mum's beli..Dia ckp nak masak lemak putih..So..i tlg la mama uat..Then jadi la sayur lemak putih versi ku...

Bahan-bahan :-
1 ekor ikan sederhana besar(ikut la ikan aper2 pun)
2 ulas bawang merah
1 sdt lada hitam
1 cwn santan
2 biji lada besar ( potong mayang )
Air
Sayuran ( ikut la apa sj sayur yg anda suke)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Tumbuk bawang merah dan lada hitam.
2. Masukkan sedikit garam dan gula.
3. Panaskan 1/4 cwn air. Kemudian masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi.
4. Selepas itu masukkan santan. Tunggu sehingga ia mendidih.
5. Boleh la masukkan sayur-sayuran tadi. Tunggu la sampai ia layu sedikit.
6. Boleh la letak garam dan gula sedikit lagi klu ia terasa tawar.
7. Boleh dihidang dengan nasi putih.

Note : I letak sayur 'petola' tu...timun batang dan lada besar je..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...